Friday, October 24, 2008

Bengkel Penggubalan dan Pemurnian Modul WAJA 2009

Program WAJA berobjektif untuk membantu guru melakasanakan program pemastian penguasaan kemahiran dan pengetahuan bagi topik tertentu dan terpilih kepada pelajar aras lemah dan sederhana mula diperkenalkan untuk dilaksanakan pada Mac 2008 dengan penyediaan dan pengedaran 10 buah modul yang berkaitan meliputi semua subjek Sains & Matematik kelas peperiksaan awam termasuk UPSR, PMR dan SPM.

Berdasarkan pemantauan dan impak pelakasanaan WAJA 2008, penambahbaikan Modul WAJA 2008 amatlah perlu dilaksanakan supaya ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada kumpulan sasaran.

Oleh itu, bagi menjamin impak yang lebih baik, beberapa tindakan termasuk kualiti modul dan sistem penyebaran maklumat yang berkaitan akan dipertingkatkan.

Berikut adalah tarikh-tarikh penggubalan dan pemurnian untuk Modul WAJA 2009 :

1) Mesyuarat Penyelarasan Modul WAJA 2009 bersama panel penilai :
Tarikh : 12 Ogos 2008
Tempat : SMK Lenggong, Lenggong

2) Penggubalan Modul WAJA 2009
Tarikh : 7-9 Okt 2008
Tarikh : Berjaya Georgetown, Penang

3) Pemurnian kali-1 Modul WAJA 2009
Tarikh : 20-22 Okt 2008
Tempat : Hotel Eagle Bay, Langkawi

4) Pemurnian kali ke-2 Modul WAJA 2009
Tarikh : 29-31 Okt 2008
Tempat : Hotel Purnama, Langkawi

5) Pelancaran Modul WAJA 2009
Tarikh : 4-5 Nov 2008
Tempat : Hotel Pangkor Holiday, Pulau Pangkor

Modul WAJA 2009 melibatkan semua subjek Sains & Matematik Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 (SR) dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (SM). Modul WAJA 2009 akan digunapakai pada bulan Januari 2009 selepas sesi taklimat penggunaannya kepada pentadbir sekolah.

No comments: